Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera

Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menggugurkan menteri tidak berprestasi dalam Jemaah Menteri.

Katanya melantik menteri kewangan kedua yang cekap dari segi teknikal untuk memacu pembaharuan sukar, penting bagi rombakan Kabinet itu.



Beliau mendapati Anwar gagal memisahkan jawatan perdana menteri dan menteri kewangan, sesuatu yang dipertikaikannya tanpa jemu ketika menjadi pembangkang.

“(Anwar perlu berhenti) memfokuskan perincian dalam pelaksanaan. (Beliau perlu) memenangi sokongan majoriti masyarakat Melayu tanpa cuba menjadi lebih Islam daripada PAS.

“Pendek kata, Malaysia memerlukan kepimpinan kurang performatif, (tetapi) prestasi lebih substantif. Jika gagal, bukan saja tiada sorakan, tetapi tiada juga encore,” katanya dalam artikel di portal Singapura, Fulcrum.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, Anwar berkuasa berdasarkan gelombang jangkaan untuk reformasi, tetapi perubahan yang ditunggukan itu tidak kelihatan.



Beliau memuji Anwar atas kemahirannya membentuk kerajaan tidak mungkin – termasuk bekerjasama dengan seteru lama Umno – dan mematahkan cubaan menggulingkannya.

Tetapi, katanya Anwar mula hilang daya tarikannya kepada rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata prestasi ringgit paling teruk di rantau Asia tahun ini selepas yen, manakala pertumbuhan keluaran dalam negara kasar menjadi sederhana akibat faktor luaran dan reformasi dalaman yang perlahan.

Khairy berkata walaupun Anwar mewarisi ekonomi sakit dan terpaksa berdepan kelembapan global di luar kawalannya, langkah populis untuk meraih undi, seperti mengekalkan subsidi dan memansuhkan pinjaman pelajar, tidak berdaya maju.



“Sebahagian besar Kabinetnya tidak bersemangat dan prestasi buruk selama setahun memaksanya mengakui beliau perlu melakukan rombakan.”

Beliau mendapati Anwar menghabiskan masa ke atas konservatif Islam, membelakangkan reformasi dijanjikan, menangani kesan daripada pembebasan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan rasuah.

Katanya, Anwar juga tidak memberi peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang, yang merupakan tuntutan utamanya ketika menjadi pembangkang. FMT

Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam



PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu



Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker