Isu KWSP satu tembakan buat Shuib

Isu KWSP satu tembakan buat Shuib

Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
Isu KWSP satu tembakan buat Shuib

“Ini satu tembakan, tetapi saya ambil positif. Kalau tak dicuit mungkin saya tak sedar,” demikian komen pelawak dan usahawan, Shuib, 39, berhubung isu syarikat minuman yang diasaskannya terlewat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, isu itu sudah pun diselesaikan apabila berhubung dengan KWSP bagi pembayaran secara ansurans, selain 300 pekerja sudah dimaklumkan mengenai hal itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata, dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah caruman KWSP sebagai individu yang menguruskan syarikat Bubble Bee itu.



“Isu KWSP ini umpama ‘wake up call’ dan satu pengajaran, tetapi dalam masa sama, saya sangat komited dan positif.

“Maksudnya, segala permasalahan mengenai KWSP sudah selesai, pekerja sudah dapat memo dan kiriman e-mail, selain sedia maklum mengenai status pembayaran KWSP.


Baca Artikel Menarik:

Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert




“Saya sendiri sudah berhubung dengan KWSP untuk pembayaran secara ansurans,” katanya.

Shuib ditemui pada sidang media selepas perasmian cawangan baharu Bubble Bee di Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Menurut Shuib, meskipun isu KWSP memberi tekanan, namun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertindak menularkan isu berkenaan.

“Sebenarnya, saya sedang mencari tetapi bukan untuk cari salah. Saya hendak bersua dan berdepan untuk selesaikan dengan cara baik.



“Kalau individu ini tiada urusan dengan syarikat saya, janganlah mengadakan cerita tidak baik. Sekiranya ada masalah cerita dengan saya.

“Saya akan bertanggungjawab. Saya ada ramai pekerja, tetapi disebabkan dua, tiga orang buatkan orang lain tidak yakin.

Untuk ambil tindakan saman, tidak kerana saya anggap ini adalah teguran berhemah serta bermanfaat,” katanya.

Mengulas kedudukan kewangan syarikat yang dikatakan berdepan masalah, penyampai radio Suria FM itu berkata, syarikat minumannya itu berada dalam keadaan stabil dan kini dalam proses penukaran konsep baharu di semua 45 cawangan di Semenanjung Malaysia.



“Kedudukan kewangan semakin stabil atas sokongan luar biasa berdasarkan hasil jualan dan bantuan pihak bank memandangkan kami adalah syarikat Bumiputera.

“Kami dalam proses tukar konsep baharu, kerja ‘rebranding’ sudah dibuat sejak awal tahun lagi, selain turut bercadang membuka cawangan baharu di Sandakan, Sabah pada tahun hadapan,” katanya. BH

Isu KWSP satu tembakan buat Shuib


Baca Artikel Menarik:

Tak boleh boikot Mercedes?



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker