Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan

Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan

Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan

Naib juara Miss Universe 2023 Anntonia Porsild terbabit kemalangan jalan raya yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Insiden berlaku pada petang 23 November waktu tempatan ketika Anntonia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Mexico sebelum pulang ke Thailand.

Pemandunya yang tidak mahir dengan jalan raya di kawasan terbabit memandu laju dan terlepas penanda arah ke lapangan terbang dan cuba membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan namun dirempuh kenderaan di belakangnya.

Anntonia yang juga kekasih pemain Singapura Irfan Fandi yang juga anak legenda bola sepak negara itu, Fandi Ahmad ditemani Angie (anak perempuan Pui, pemilik francais Miss Universe Thailand) ketika pemandunya yang terlepas simpang ke lapangan terbang cuba membuat pusingan U yang berbahaya dan menyebabkan kemalangan.

Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan

Bagaimanapun, kenderaan Anntonia hanya mengalami kerosakan kecil dan dia terselamat dan kini dalam perjalanan pulang ke Thailand.

Susulan kemalangan itu, Anntonia dalam media sosialnya berkongsi pengalaman menakutkan ketika menuju ke lapangan terbang sebelum pulang ke Thailand.

Dia turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu. – AGENSI

Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker