Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Bekas pekerja kilang jahit pukal Mariyah Holding menyahut cabaran anak kepada pemilik syarikat yang dikenali sebagai Makcik Kemboja mempelawanya bersemuka di kilang tersebut semalam.

Satu rakaman video di Tiktok menunjukkan lelaki yang memakai kemeja berwarna biru dan mengenakan topi dikenali sebagai Shuib membuat penstriman langsung di hadapan premis yang terletak di Skudai di sini.

Menerusi rakaman video yang tular, Shuib mendedahkan dia telah dihalang untuk masuk ke pekarangan kilang tersebut. Lebih mengeruhkan keadaan apabila pintu pagar juga ditutup rapat.

“Jemput tapi tak bagi masuk, malu. Goyang dik goyang,”katanya.



Dalam rakaman video itu juga menunjukkan lelaki tersebut tidak berseorangan malah hadir bersama beberapa individu yang didakwa mempunyai kaitan kes penipuan yang dilakukan Makcik Kemboja termasuk seorang pemuda yang dikenali sebagai Asyraf.

Kehadiran mereka dipercayai untuk mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Mariyah Holding. Turut kelihatan ialah Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain.

 

Shuib yang memakai kemeja berwarna biru cuba berbincang dengan staf yang bekerja di bawah kendali Makcik Kemboja.

Dakwa Shuib, dia tidak menerima bayaran komisen selama empat bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.



“Saya tak nak cerita pengalaman saya apabila ditipu kata duit komisen seringgit. Boleh bertanya dengan dia (Makcik Kemboja). Empat bulan terakhir komisen saya tak dibayar.

 

Hari ini simple (mudah) saja, dia dah jemput saya untuk datang kilang, sekarang saya dah datang. Dimanakah anak dia? Ke nak bertulis juga anak dia datang buat surat jemputan Shuib diminta hadir,” katanya.

Bagaimanapun, pekerja syarikat tersebut yang berada di dalam premis tetap bertegas enggan membuka pagar kepada Shuib dan yang lain-lain.

Terdahulu, seorang lelaki yang mendakwa anak kepada Makcik Kemboja itu mencabar untuk datang bertemu dengannya di kilang terbabit sambil mengeluarkan kata-kata kesat terbabit selepas berang ibunya dihina.



Dia kemudian tampil memberi penjelasan dengan mendakwa video asal sudah disunting dan memberitahu kata-kata itu bukan ditujukan kepada netizen sebaliknya kepada bekas pekerja.

Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

 

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mariyah turut dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada Selasa, bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan video tersebut. K Online



 

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker