Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari

Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari

Seorang lelaki direman empat hari kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang doktor di surau sebuah hospital di Kemaman, Terengganu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata, polis menahan pekerja kontraktor pembersihan hospital berusia 20 tahun itu selepas menerima laporan doktor wanita pada Ahad lalu mengenai perbuatannya.

“Berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku kira-kira 12 tengah hari 23 Nov lepas. Semasa kejadian, mangsa sedang berehat di surau perempuan di hospital tersebut.

“Tiba-tiba seorang lelaki memasuki surau dan melakukan perbuatan tidak senonoh di depan mangsa dengan membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.

“Mangsa yang takut segera menghubungi suaminya dan dibawa keluar dari lokasi kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa mengalami trauma dan depresi akibat kejadian itu.

Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker