Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua

Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua

Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua

Minggu separuh akhir program realiti Famili Duo menyaksikan tiga pasangan gagal merebut tempat di peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung Ahad depan.

Shila dan Syahir Amzah, Tom dan Fuad serta Adam dan Ryan Bakery menduduki kedudukan tiga tercorot sekaligus tersingkir malam tadi.

Ryan dan Adam yang meraih markah keseluruhan 308.7 jatuh ke tangga terakhir selepas Syahir dan Shila yang berada dikedudukan kelima dengan markah keseluruhan 310.7 sementara Tom dan Fuad di kedudukan ke empat dengan markah keseluruhan 342.6.



Tiga duo yang mara ke final adalah Sharif dan Syaiful Zero dengan markah 399.4, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (368.6) serta Adira dan Emma Suhaimi (365.5).

Menurut Penerbit Eksekutif Famili Duo, Muhammad Sufian Isa, keputusan untuk menetapkan hanya tiga duo ke final telah dibincangkan awal pihak produksi.

“Mereka adalah yang pernah menjadi juara mingguan dimana sepanjang program ini, Sharif dan Syaiful tiga kali bergelar juara (mingguan), sementara Adira dan Emma serta Haqiem dan Ariff masing-masing dua kali.

“Kalau Fuad dan Tom juara mingguan malam ini, mungkin mereka peserta keempat ke final.



“Hasil perbincangan mendapati kurang adil kalau peserta bukan juara mingguan mara ke final dan berpeluang menjadi juara keseluruhan. Itu sebabnya hanya tiga sahaja ke peringkat akhir,” katanya.

Peringkat akhir Famili Duo musim ke-3 menyaksikan perebutan kejuaraan keseluruhan yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000. Utusan

Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker