Wahab jumpa polis hari ini

Wahab jumpa polis hari ini

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani yang dikaitkan dengan rakaman video perbualan lucah akan memberi keterangan kepada pihak polis, hari ini.

Sumber memberitahu Harian Metro, Abdul Wahab dijangka memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) jam 3 petang.



“Dia (Abdul Wahab) akan memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes rakaman video berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan sedang menjalani rawatan, menyebabkan dia terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan pihak polis.

Peguam Faisal Rahman dilaporkan berkata, anak guamnya akan memberi sepenuh komitmen kepada pihak polis.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam sidang media di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff didalangi individu dikenali sebagai Mr H. BH



Wahab jumpa polis hari ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker