Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Keputusan lima ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri memperlihatkan bahawa parti itu kini di ambang perpecahan dan menunggu masa untuk karam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, tindakan lima wakil rakyat terbabit menunjukkan wujudnya krisis keyakinan apabila ahli parlimen Bersatu bersikap tidak setia kepada parti itu dan pucuk pimpinannya apabila beralih sokongan.

Berdasarkan perkembangan itu katanya, bukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hendak karam seperti didakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya parti berkenaan dan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Apabila ahli parlimen Bersatu berani menyokong Anwar atau tidak menghormati kepimpinan Bersatu, ini menandakan ada masalah atau krisis kepimpinan dalam parti berkenaan.

“Jadi, Bersatulah yang hendak karam dan apabila Bersatu karam, PN pun akan turut sama karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lima ahli parlimen Bersatu terbabit yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Selain lima nama berkenaan, beberapa nama lain didakwa hanya menunggu masa sesuai untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor salah kapal apabila bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Pengerusi PN itu ketika berucap di Felda Kerteh 5, Kemaman mendakwa, ini kerana, kapal UMNO dan BN pada ketika ini sudah tiga suku tenggelam dan menunggu terus tenggelam.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, apa yang berlaku terhadap Bersatu itu ibarat teori domino apabila satu demi satu ahli parlimennya mengambil keputusan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinan parti berkenaan,” katanya. Utusan

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker