Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Penyanyi Shila Amzah sama sekali tidak terkesan dengan kata netizen yang menyifatkan kegagalannya mara ke konsert akhir Famili Duo (FD3) musim ketiga adalah kifarah berikutan kontroversi bersama ibu dan adik-beradiknya, baru-baru ini.

Bagi Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah, 33, setiap individu bebas bercakap apa sahaja mengenai dirinya dan keluarga, namun hanya mereka yang tahu kebenaran di sebaliknya.



“Manusia bukan Tuhan. Untuk mereka yang bercakap sebegitu, mereka tak lalui apa yang saya lalui. Seperti yang saya cakap, apa yang kami tonjolkan dalam media sosial itu sahaja yang orang ramai tahu.

“Mungkin cuma 30 peratus daripada perkara sebenar terjadi. Kalau hendak kata kifarah atau apa sahaja, baik, buruk semuanya datang daripada Allah.

“Apa yang buruk, datang daripada kita sebagai hambanya,” katanya ketika ditemui selepas berakhir konsert FD3 separuh akhir yang disiarkan secara langsung TV3 dari Studio TV3, Glenmarie, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu menyifatkan, individu yang gemar bercakap buruk mengenai orang lain perlu didik hatinya supaya lebih menghormati perasaan sesama manusia.



“Kita kena terima dan normalisasikan bahawa setiap keluarga berbeza cara didikan dan pembawakan. Saya rasa orang-orang sebegini perlu dididik hati untuk lebih menghormati.

“Mungkin tak terkena pada dirinya, tapi kena pada orang sekelilingnya dan boleh jadi pada anaknya sendiri. Allah Maha Mendengar. Jadi, jaga lisan.

“Apapun yang berlaku, dalam ucapan saya sebelum ini, saya tetap berterima kasih kepada mak ayah. Kalau tiada mereka, saya pun tiada di sini,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, ditanya perasaan apabila gagal layak ke konsert akhir FD3, Shila yang bergandingan bersama adiknya, Syahir mengakui sudah menjangkakan perkara itu.



“Bagi kami, program ini seperti ‘roller coaster’, ada naik dan turun. Sekejap begini, sekejap begitu. Daripada minggu ketiga, kami akhirnya faham macam mana.

“Jadi, kami tak anggap ini pertandingan, tapi anggap seperti sedang buat persembahan sahaja.

“Bermula minggu keempat bertemakan dangdut, kami mula fikir untuk hanya buat persembahan tanpa perlu fikirkan rating, komen dan markah. Asalkan kami dapat menjadi lebih akrab.

“Kami tak mahu bazirkan masa yang ada,” katanya.



Terdahulu, menerusi konsert FD3 separuh akhir, Shila dan Syahir yang membawakan lagu Sakit nyanyian asal YonnyBoii dan Zynakal berada di kedudukan kelima dengan mengutip 310.7 markah. BH

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker