Konsert di Bachok ada permit – EXCO

Konsert di Bachok ada permit – EXCO

KOTA BHARU: Konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, dekat sini, yang tular selepas menampilkan kumpulan penyanyi wanita dari Thailand, disahkan mempunyai permit untuk penganjuran.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatan Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, namun memaklumkan pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata, antara kesalahan dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian, selain membenarkan pengunjung beragama islam ke konsert berkenaan yang berlangsung Jumaat lalu.

“Susulan tular video itu, kita mengadakan siasatan dan proses pendengaran semalam yang dihadiri beberapa pihak termasuk wakil Majlis Daerah Bachok, pihak polis, pejabat agama dan penganjur.

“Pihak penganjur Wat Pathumviharn di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan, gagal mengawal keadaan sehingga acara berkenaan turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

“Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Jelasnya, konsert Pesta Loy Krathong itu tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan sebagaimana didakwa pihak tertentu memandangkan ia mempunyai permit.

“Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun lalu dan permit hanya diluluskan pada 20 September selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup dan hanya dihadiri penganut agama mereka sahaja.

“Susulan pelanggaran syarat dibuat pihak penganjur, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk mengenakan denda iaitu tidak melebihi RM10,000,” katanya.

Terdahulu, tular satu konsert yang memaparkan kumpulan penyanyi wanita dikenali sebagai Thungpang yang berasal dari Thailand, didakwa dianjurkan di Kampung Balai, Bachok, Jumaat lalu.

Susulan itu, Wanita PKR Kelantan menuntut kerajaan negeri melakukan siasatan mengenai penganjuran konsert yang menampilkan artis berpakaian mencolok mata itu. BH

Konsert di Bachok ada permit – EXCO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker