Aman Palestin, kita jumpa di mahkamah

Aman Palestin, kita jumpa di mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menyahbekukan akaun Aman Palestin dalam tempoh tiga hari dan sedia berdepan tindakan undang-undang daripada NGO itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, berkata beliau belum menerima sebarang surat daripada Aman Palestin berhubung perkara itu.



“Setakat yang saya tahu, itu semua dilaporkan media. Jika mereka mahu saman SPRM, kami sedia menjawabnya. Kita akan jumpa di mahkamah.

“SPRM menjalankan tugas secara profesional, tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak,” katanya menurut New Straits Times.

Semalam, peguam Aman Palestin, Rafique Rashid dilaporkan berkata SPRM diberi tiga hari untuk menyahbekukan akaun bank NGO itu atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Khamis lalu, SPRM membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti lain berjumlah RM15.8 juta susulan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan berjumlah RM70 juta.



Rafique dilaporkan berkata, kenyataan SPRM sama dengan “pembunuhan watak” NGO itu dan ahli lembaga pengarahnya, serta menghalang NGO tempatan daripada memberikan bantuan amat diperlukan kepada rakyat Palestin.

Azam bagaimanapun berkata, tiada “konspirasi terancang” untuk melakukan pembunuhan watak terhadap sesiapa.

Beliau dalam satu lagi kenyataan berkata, pembekuan akaun bank itu dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan langkah biasa dalam siasatan rasuah, jika perlu.

“Terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya mereka merasa ada keperluan untuk berbuat demikian.



“SPRM bersedia untuk mendedahkan kepada mahkamah justifikasi mengapa pembekuan aset dibuat.” FMT

Aman Palestin, kita jumpa di mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker