Facebook calon BN Kemaman digodam

Facebook calon BN Kemaman digodam

BN mendakwa akaun Facebook calon mereka Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, digodam pihak tertentu.

Pengarah Jentera BN PRK Kemaman Ahmad Said ketika memaklumkan perkara itu berkata kejadian tersebut tidak wajar berlaku.

“Saya kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menggodam akaun Facebook calon BN bagi PRK Kemaman, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.

“Tindakan ini merupakan usaha terdesak dan pengecut oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan sokongan pengundi Kemaman kepada Raja Mohamed Affandi yang popularitinya terus meningkat menjelang hari pengundian Sabtu ini,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semakan mendapati akaun Facebook Raja Mohamed Affandi kali terakhir aktif sekitar 16 jam lalu dengan hantaran terakhir siaran langsung program berbentuk forum.

Akaun berkenaan mempunyai lebih 7,000 pengikut dan susulan kejadian itu pihaknya membuka satu akaun baru dengan nama Raja Mohamed Affandi RMA.

Sementara itu, Ahmad berkata pihaknya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat perkara tersebut.

“Saya percaya insiden seperti ini tidak sesekali melemahkan semangat juang Raja Mohamed Affandi dan seluruh jentera parti yang bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam PRK Kemaman ini,” katanya yang juga pengerusi Umno Terengganu. MK

Facebook calon BN Kemaman digodam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker