Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay

Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay

Penyanyi Siti Nurhaliza memberi bayangan untuk mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi selepas rekod persembahan berskala besar yang dilakar sebelum ini diatasi band Britain, Coldplay.

Kata Siti Nurhaliza, sekiranya ditakdirkan berlaku, konsert itu mungkin akan dilakukan sebelum dia mengakhiri karier sebagai anak seni suatu hari nanti.



“Sedih dan terharu baca tulisan wartawan.

“Mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ya?

“Kalau nak buat di Stadium Nasional sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara nanti,” ciapnya di X.

Penyanyi Percayalah itu juga berharap, konsert berskala besar itu mampu mencipta momen terbaik buat semua peminatnya.



“Biar ia jadi kenangan terindah buat semua,” katanya.

Konsert mega Siti Nurhaliza Fantasia Tour 19 tahun lalu dihadiri seramai 70,000 penonton.

Rekod itu bagaimanapun diatasi Coldplay yang mengadakan konsert Music Of The Spheres World Tour pada 22 November lalu dengan jumlah kehadiran sebanyak 75,000 orang.

Peminat Coldplay di stadium sebelum konsert bermula, gambar hiasan
Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan satu-satunya konsert tempatan mencatatkan rekod pengunjung tertinggi di SNBJ sebelum ini.



Selain Coldplay dan Siti Nurhaliza, antara artis luar negara lain pernah mengadakan konsert di lokasi sama ialah Blackpink dengan jumlah penonton 62,000, AR Rahman (67,000) dan Jacky Cheung serta Muse (50,000). Mk

Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker