4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman

MUAR: Empat pelajar sebuah universiti awam (UA) di sini, termasuk seorang bergelar suami, ditahan selepas polis menemui ganja dalam bilik penginapan di kolej kediaman kampus itu, semalam.

Kesemua suspek berusia 21, 22, 24 dan 26 tahun itu meliputi seorang sedang dalam tahun akhir pengajian, diberkas kira-kira jam 2.30 petang kerana disyaki mengedar bahan terlarang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata terdahulu polis menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan di UA itu yang memaklumkan penemuan ganja seberat 304 gram (g).



Beliau berkata, ganja itu dikatakan ditemui di dalam bilik sebuah kolej kediaman ketika pengawal keselamatan terbabit membuat pemeriksaan.

“Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi sebelum menemui bahan terlarang berkenaan.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek itu juga didapati positif ganja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan, termasuk mengenal pasti punca bekalan ganja itu.



“Suspek kini direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, keempat-empat suspek terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, bagi mendapatkan perintah reman ke atas mereka.

Majistret Fatin Dalilah Khalid kemudian membenarkan kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker