KJ ucap tahniah atas ‘kemenangan indah’ industri tembakau & vape

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin mengkritik kerajaan kerana terlepas penggubalan undang-undang penting untuk kesihatan awam.

Ini susulan kerajaan menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur daripada semakan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy, perancang utama di sebalik rang undang-undang asal secara sinis mengucapkan tahniah atas kemenangan industri besar tembakau dan vape.

“Hari ini adalah hari yang menyedihkan. Saya merangka (RUU generasi penamat) GEG untuk kesihatan awam.

“Dan rang undang-undang yang saya bawa ke parlimen yang mengandungi GEG dan langkah-langkah untuk mengawal penjualan vape telah mendapat sokongan daripada komuniti kesihatan awam.

“Mereka mahu vape diharamkan, noktah. Tetapi kami berjaya mencari jalan tengah di mana kami memasukkan peruntukan GEG. Kini, itu telah digugurkan,” tulisnya di Instagram Storynya.

“Apa pun, tahniah kepada big tobacco dan industri vape. Anda telah menang,” tambahnya.

Khairy juga berkata dia menolak hujah yang dikemukakan oleh kerajaan bahawa Jabatan Peguam Negara melihat peruntukan GEG sebagai melanggar perlembagaan. Bagaimanapun, dia tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pandangan AGC menjadi satu-satunya sebab di sebalik peruntukan GEG digugurkan daripada RUU kawalan merokok yang disemak semula itu.

Jelasnya, kerajaan memikul tanggungjawab untuk mengambil kira pandangan AGC.

Pun begitu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa klausa GEG “tidak akan dilupakan,” menjelaskan kementeriannya mengetepikan dahulu peruntukan GEG untuk fokus kepada RUU tersebut.

“Selepas RUU ini diluluskan, kita akan buat pemantauan dan tengok bagaimana. Kita akan tengok kepada impak dan kesan, serta peratusan merokok.

“Kalau kita rasa ada keperluan untuk lihat kembali dan ada keperluan untuk GEG, kita akan bawa kembali,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker