Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia meninggal dunia

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab, dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Mahkota di sini, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh anaknya Norazman, yang juga Naib Presiden PKBM.

Katanya, Allahyarham yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 petang tadi selepas kesihatannya merosot akibat menghidap kanser prostat tahap empat.

“Arwah dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu selepas keadaan kesihatannya merosot dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

“Dia disahkan menghidap kanser prostat sejak tahun lalu, namun sudah pulih sikit,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok pada tengah hari esok. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Halimah Ali, 82, dan tujuh orang anak.

Abu Samah mula menjadi Presiden bermula 26 Februari 1990 dan turut memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

Beliau melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengekalkan jawatannya di PKBM bagi penggal 2023 hingga 2026, sekali gus menerajui badan induk sukan berbasikal negara bagi penggal kesembilan berturut-turut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker