Kenapa tak soal PM dalam Dewan, Fahmi bidas kritikan Hadi isu Palestin

Kenapa tak soal PM dalam Dewan, Fahmi bidas kritikan Hadi isu Palestin

Fahmi Fadzil membidas tindakan Presiden PAS Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kononnya “tidak cukup kuat” dalam memperjuangkan isu Palestin.

Fahmi yang juga menteri komunikasi dan digital berkata, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang boleh sahaja menyoal perdana menteri di Parlimen jika terdapat sebarang isu, namun beliau bukan sahaja tidak berbuat demikian malah tidak hadir ke Dewan Rakyat.



“Dari 9 hingga 19 Okt, Hadi hadir satu hari, iaitu pada 16 Okt, hari sama perdana menteri buat kenyataan mengenai isu Palestin. Jadi, peluang untuk lawan ada.

“Tapi ada Hadi kritik atau lawan kenyataan perdana menteri? Langsung tak!,” kata Fahmi menerusi ciapan di X.

Fahmi mengulas mengenai kenyataan Hadi dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Selangor semalam ketika ditanya mengenai pendirian Anwar berhubung penindasan rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Fahmi turut berkongsi Hansard Parlimen bertarikh 16 Okt ketika Anwar membuat kenyataan mengenai isu Palestin pada 11.37 pagi.



“Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berucap selepas itu, malah siap ucap tahniah kepada perdana menteri atas pendirian kerajaan dalam isu Palestin.

“Tiba-tiba Hadi mencelah. Tapi daripada 136 patah perkataan yang dia ucap, tak sepatah pun dia balas, sanggah, tegur atau kritik kenyataan perdana menteri yang kononnya ‘tak cukup kuat’.

“Kenapa dia tak terus sebut bila ada peluang dalam dewan? Ini ke adab seorang ‘alim’, ‘pendakwah’? Jelas Abdul Hadi ni seorang yang penuh hasad dengki,” katanya.

Pada 16 Okt lepas, perdana menteri berkata, sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.



Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata, jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas, Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan Malaysia akan melancarkan tabung kemanusiaan bagi menampung serta membantu warga Palestin dengan dana RM10 juta. FMT

Kenapa tak soal PM dalam Dewan, Fahmi bidas kritikan Hadi isu Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker