Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan Proton S70 yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM73,800.

Sedan segmen-C berasaskan Geely Emgrand itu diperkenalkan dengan empat pilihan varian iaitu 1.5T Executive yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM73,800; 1.5T Premium (daripada RM79,800); 1.5T Flagship (daripada RM89,800); dan 1.5T Flagship X (daripada RM94,800).

Proton S70 pasaran Malaysia menerima spesifikasi tertinggi berbanding pasaran Asia Tenggara lain yang lebih awal membawa masuk Geely Emgrand.



Model itu dilengkapi dengan enjin 1,477cc turbo DOHC tiga silinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.

Ia dipadankan dengan kotak gear dual klac tujuh kelajuan bersama mod manual, selain tampil dengan mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport.

Buat pertama kali, PROTON menawarkan warna badan baharu Teal Bayou Green bersama enam pilihan yang lain iaitu Snow White; Armour Silver; Space Grey; Passion Red; Marine Blue; dan Quartz Black.

Demi ketenangan minda pemilik, Proton S70 ditawarkan dengan ciri keselamatan standard enam beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Auto Brake Hold (ABH), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ‘Hill Hold Assist’ (HHA) serta ‘immobiliser’ dan penggera anti-curi.



Proton S70 didatangkan dengan 12 sensor merangkumi kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, kamera keliling (360 darjah) dan lima sensor ultrabunyi.

Terdapat 13 sistem keselamatan ADAS yang ditawarkan pada dua varian teratas S70 antaranya Brek Kecemasan Autonomi (AEB); Amaran Perlanggaran Depan (FCW); Amaran Perlanggaran Belakang (RCW); Kawalan Kruise Adaptif (ACC) dengan henti & jalan; Kawalan Jelajah Pintar (ICC); Amaran Pelepasan Lorong (LDW); Pencegahan Pelepasan Lorong (LDP); dan Kawalan Tengah Lorong (LCC).

Selain itu, ia lengkap dengan Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI); Bantuan Tukar Lorong (LCA); Amaran Trafik Belakang (RCTA); Amaran Buka Pintu (DOW); dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).

Sementara itu, Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan kamera 360 darjah hanya ditawarkan pada dua varian tertinggi.



PROTON buat pertama kalinya memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR) untuk varian Flagship X.

Proton S70 dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Yang turut hadir Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON), Tan Sri Syed Faisal Albar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker