PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

PAS mendakwa pengisytiharan sokongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini, seolah-olah perbuatan dirancang.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata tindakan itu dapat dilihat dengan jelas apabila soalan yang sepatutnya dibangkitkan wakil pembangkang, digunakan sebagai peluang untuk wakil pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.



“Bayangkan, hari ini sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri. Soalan diberikan biasanya ada dua, iaitu satu soalan daripada pembangkang. Menariknya, soalan dari pembangkang dipilih dari soalan (Ahli Parlimen) Bukit Gantang, yang anda boleh lihat sendiri ayat dan soalan itu langsung tidak mencerminkan soalan daripada Ahli Parlimen pembangkang.

“Sudahlah kamu ada satu soalan kepada kerajaan, kamu pilih pula Ahli Parlimen pembangkang yang memang bertujuan untuk mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, padahal banyak lagi soalan boleh ditanya pembangkang, tapi sengaja dipilih soalan ini dengan tujuan untuk mengisytiharkan sokongan.

“Ia bukan satu kebetulan saja, tapi soalan bola tanggung dan ia sengaja dipilih untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri. Kalau begitu, tak payahlah buat soalan untuk Perdana Menteri,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi hari ini.

Pagi tadi, Syed Abu Hussin dari BERSATU mengumumkan sokongan terhadap Anwar ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.



Sebelum ini, beliau pernah menyatakan pendiriannya akan menyokong kepimpinan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sekiranya peruntukan disalurkan ke kawasannya.

Untuk rekod, beliau ketika itu memohon peruntukan sebanyak RM30 juta membabitkan kerja penyelenggaraan Tabika Kemas berjumlah RM1.05 juta, pembangunan ekonomi komuniti (RM90,000) dan kemudahan ameniti sosial (RM3 juta).

Tindakan Syed Abu Hussin itu menjadikan lima Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen BERSATU sudah menyatakan sokongan kepada Anwar iaitu Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik. BH



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker