Kamu biadap sokong PM – Razali

Kamu biadap sokong PM – Razali

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal disifatkan “biadap” dan “angkuh” susulan tindakannya secara terbuka menyokong Anwar Ibrahim, kata Razali Idris.

Ketua penerangan Bersatu itu juga mahu Syed Hussin melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.



“Saya mencabar MP Bukit Gantang, sekiranya anak jantan supaya melepaskan jawatan tanpa berselindung di sebalik Akta Lompat Parti dan kembalikan mandat pada rakyat untuk diadakan pilihan raya kecil seberapa segera.

“Mandat rakyat harus dipertahankan dalam sistem demokrasi negara. Pemimpin tidak berprinsip yang khianati pimpinan dan rakyat harus dihukum dan disingkirkan mengikut perlembagaan parti dan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, gesaan sama turut dibuat Bersatu Bukit Gantang susulan tindakannya menyokong kerajaan.

Bercakap dengan FMT, Syed Hussin bagaimanapun menegaskan sokongannya kepada Anwar kerana kecewa Perikatan Nasional (PN) tidak berunding bagi mendapat peruntukan wakil rakyat pembangkang.



Wakil rakyat penggal kedua itu juga berkata, beliau tidak diugut atau diberi tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan yang diumumkan secara terbuka pada sidang Dewan Rakyat.

Sementara itu, Razali turut mempersoalkan siasatan pihak berkuasa berhubung laporan polis yang telah dibuat berkait usaha berterusan “pihak tertentu” berterusan mengugut dan menawarkan sogokan kepada Ahli Parlimen pembangkang. FMT

Kamu biadap sokong PM – Razali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker