Bersatu tercabar gelombang hijau PAS

Bersatu tercabar gelombang hijau PAS

Naratif gelombang hijau bagi menggambarkan pengaruh PAS tidak disenangi rakannya, Bersatu sehingga pemimpin kanannya membangkitkan sudut negatif slogan itu, kata penganalisis.

“Bila guna gelombang hijau itu orang nampak PAS, orang tak nampak Bersatu. Mungkin sebab itu gelombang hijau tidak disenangi oleh sesetengah pihak di dalam Bersatu,” kata Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia.



Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu pada perhimpunan parti itu minggu lalu berkata gelombang hijau dikaitkan dengan kebangkitan sokongan pengundi Melayu dan Islam terhadap Perikatan Nasional (PN) amat bahaya kerana dikhuatiri membenihkan sifat perkauman atau merendahkan sesuatu kaum.

Mazlan tidak bersetuju dengan pandangan pemimpin nombor dua Bersatu itu, sebaliknya berkata naratif gelombang hijau suatu kebanggaan oleh PAS bagi menggambarkan pengaruh dan sokongannya semakin bertambah.

Menurutnya, ia sama seperti istilah “tsunami politik” pada 2008 merujuk gelombang kuasa pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS ketika itu yang berjaya menawan Selangor, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional.

“Jadi gelombang hijau itu satu istilah yang sesuai kerana PAS telah kuasai empat negeri. Sebab itu pemerhati politik lebih merujuk ia kepada gelombang hijau. Tidak gelombang merah sebab Bersatu nampak tenggelam.



“Walaupun ketua PN adalah Muhyiddin Yassin daripada Bersatu tetapi PAS nampak lebih dominan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata Bersatu perlu lebih berani bersuara menyanggah pandangan PAS, sekiranya mahu pengundi bukan Melayu tertarik kepada PN, khususnya dalam perkara berkaitan sensitiviti agama.

“Bersatu perlu mempamerkan bahawa mereka lebih kuat daripada PAS kerana PAS cakap macam mana pun pengundi bukan Melayu takkan percaya tetapi Bersatu, boleh memberi persepsi bahawa kepentingan orang Melayu itu dijaga dan dapat mengawal ekstrem PAS dalam hal agama.

“Umpamanya katakan PAS menentang habis-habisan konsert Coldplay dan pertandingan ratu cantik. Bersatu boleh keluarkan kenyataan yang sedikit bercanggah untuk tunjuk Bersatu itu tidak ekstrem dan mampu menongkah PAS.”



Beliau juga berpendapat walaupun segelintir pihak mengaitkan gelombang hijau dengan stigma negatif, namun ia tidak menjadi isu berat kepada PAS yang berjaya mentadbir Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Di peringkat nasional, PAS berpuas hati untuk jadi pembangkang kerana mereka ada empat negeri tetapi bagi Bersatu , cita-cita mereka adalah kerajaan persekutuan kerana tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, memang sukar untuk Bersatu menakluki sama ada Negeri Sembilan, Selangor atau Melaka.

“Untuk jadi kerajaan persekutuan, mereka memerlukan undi bukan Melayu,” katanya sambil menambah, kerjasama antara PAS dan Bersatu hanya memberi kelebihan kepada parti pimpinan Hadi Awang. FMT

Bersatu tercabar gelombang hijau PAS



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker