Bangunan dalam binaan runtuh; 1 maut, 12 disyaki tertimbus

Bangunan dalam binaan runtuh; 1 maut, 12 disyaki tertimbus

GEORGE TOWN: Seorang maut manakala 12 lagi pekerja dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dalam binaan di Batu Maung, Pulau Pinang malam tadi.

Jurucakap bomba berkata kejadian berlaku berhampiran pejabat Lembaga Kemajuan Ikan kira-kira jam 10 malam tadi.



Katanya, pasukan penyelamat melibatkan tiga jentera bomba kini berada di tempat kejadian sedang berusaha keras mengesan dan membantu mangsa.

Pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu adalah dari Balai Bomba Bayan Baru, Seri Balik Pulau dan Jalan Perak.

“Maklumat awal yang kami terima terdapat 18 mangsa terperangkap dalam runtuhan tersebut ketika panggilan kecemasan dibuat.

“Bagaimanapun, lima mangsa berjaya diselamatkan manakala seorang lagi disahkan maut dalam kejadian itu,” katanya.



Menurutnya, 12 lagi mangsa dipercayai masih lagi terperangkap dalam runtuhan itu.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan status mangsa yang terperangkap itu buat masa ini,” katanya.

Sehingga jam 12 pagi tadi, operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap masih lagi diteruskan. FMT

Bangunan dalam binaan runtuh; 1 maut, 12 disyaki tertimbus



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker