Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita

Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita

Pelakon, Azri Iskandar membuat keputusan untuk berdiam diri daripada mendedahkan sebarang kisah mengenai teman wanitanya iaitu Dr Azra kepada orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, Azri atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar mengambil keputusan untuk enggan mengulas lanjut tentang kekasih hatinya itu berikutan pernah dikecam teruk sehingga memberi kesan buruk terhadap dirinya.

Saya sebenarnya ikhlas nak kongsi dengan peminat, tapi teman wanita yang tak ‘rugged’, tak ‘support’ saya, tak nak bagi gambar keluar. Akhirnya saya dituduh gila.

Sebabnya nanti saya kena kecam lagi. Nanti orang tuduh saya reka cerita dan sebagainya. Dia tak sanggup nak dengar begitu. Saya pula macam tak tentu arah hadapinya. Dia tak nak perkara ini berulang.

Difahamkan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini sudah lebih setahun tidak bertemu dengan cinta hatinya dan perhubungan mereka seakan-akan tidak jelas.

Ada kawan tapi macam itu sajalah. Saya tak pasti sama ada ada lagi dengan dia. Saya tak nak komen dah pasal dia. Tak nak cerita lagi dah. Yang baru (teman wanita) pun tak nak cerita nanti Azhar marah.

Dalam pada itu, aktor berusia 55 tahun ini berkata rakannya yang juga pelakon, Azhar Sulaiman pernah menasihatinya agar tidak mendedahkan tentang perhubungannya dengan Dr Azra.

Saya sebenarnya tak kisah cerita sendiri didramakan. Tiada masalah kerana boleh kongsi. Kebetulan dah banyak pula kisah cinta saya orang tahu. Dah tiada apa nak sembunyikan, jadi baiklah cerita.

Namun, Azhar Sulaiman marah. Katanya ‘kenapa engkau cerita pasal ada kekasih? Aku kalau sempat jumpa kau Azri, aku tak bagi kau cakap. Nak kahwin nanti baru kau cakap.’

Walau bagaimanapun, Azri berkata dia tidak akan menyembunyikan perkahwinan malah akan menjemput pihak media ke hari bahagianya nanti.

Apapun saya takkan rahsiakan kepada semua jika berkahwin semula selepas ini. Saya akan jemput media.

Sebelum ini, Azri pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya itu walau masih merahsiakan identiti sebenar Dr Azra.

Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker