“Saya tak kenal dia”, Zahid ‘tak layan’ cabaran Azmin
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menepis cabaran Pengarah Pilihan Raya Kecil Perikatan Nasional, Azmin Ali untuk BN menjelaskan sama ada gabungan itu akan membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) di Johor.
Diminta mengulas perkara itu, Zahid hanya berkata, “Saya tak kenal dia (Azmin)”.
Dia tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Zahid ditemui ketika lawatan kerja ke Kem Mahkota, salah satu kem tentera terbesar di Johor.
Semalam, Azmin mencabar Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menjelaskan sama ada Umno akan menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu jika memenangi kerusi Mahkota.
Kata Azmin, orang ramai mungkin menganggap Umno sebagai tidak ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Kesemua 11 exco Johor adalah daripada BN, dipilih selepas pilihan raya negeri (PRN) Mac 2022 dan sebelum pilihan raya umum ke-15 yang seterusnya menyaksikan PH bekerjasama dengan BN.
Pada 28 Sept, pengundi Mahkota akan memilih Haizan Jaafar dari PN atau Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah sebagai wakil mereka.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran
- Tempoh pilih opsyen SSPA bermula 21 Oktober ini
- Pemuda PAS jantan tak cukup sifat – Razlan
- Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin
- Toksah jawab soalan racun kahwini bukan Melayu – Sanusi
- Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
- 13 budak GISB pernah diliwat – KPN
- Rambut macam bini Popeye, Intan Najuwa sekolahkan netizen (video)
- Penduduk Seberang Perai miskin dan ‘losers’ – Uncle Roger (Video)
- Pantun puja Abuya
- Puteri Sarah gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
- Saya pertimbang keluar kerajaan jika saya Presiden Amanah
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar
- ‘Kau ingat kau menantu Pak Lah boleh buat sesuka hati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’
Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata