Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan mengenai detik-detik penceraian dengan bekas suaminya, Dr Rushdi Ramli, yang berlaku secara paksaan.

Kejadian yang mengejutkan itu dirakam dan dimuat naik oleh Nora sendiri di Instagram pada Ogos lalu, menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan netizen.



Menceritakan kembali peristiwa tersebut, Nora mengimbas kembali detik suram itu yang terjadi selepas mereka selesai menunaikan solat Subuh bersama. Menurut Nora, bekas suaminya telah menerima satu panggilan telefon yang memintanya untuk menceraikannya.

“Ketika kejadian, kami baru selesai solat Subuh bersama dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya. Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun, saya tahu siapa yang memberi arahan itu,” kata Nora, dengan nada yang masih beremosi.

Nora mengakui bahawa pada ketika itu, dia berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal sehingga mengambil keputusan untuk merakam dan memuat naik video penceraian itu di media sosial tanpa berfikir panjang mengenai implikasinya.

“Disebabkan terlalu emosi, saya terus merakam perceraian dan memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya. Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional,” jelasnya.



Walau bagaimanapun, Nora enggan mendedahkan identiti individu yang memaksa bekas suaminya untuk menceraikannya, sekaligus membiarkan tanda tanya itu terus kekal menjadi misteri.

Nora mengakui bahawa video yang dimuat naik itu adalah satu kesilapan besar dan telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, termasuk bekas suaminya.

“Sebenarnya, tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma, saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.

‘Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” katanya.



Nora juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai usia perkahwinannya dengan Dr Rushdi, yang bermula pada tahun 2021.

Dr Rushdi bukanlah individu asing dalam hidup Nora, malah dia merupakan sahabat baik kepada suami Nora yang terdahulu, Allahyarham Johan Nawawi. Johan, seorang komposer terkenal, meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Peristiwa perceraian ini menjadi bualan ramai apabila Nora memuat naik video berdurasi 52 saat yang menunjukkan bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu.

Walaupun video itu dimuat naik pada 12 Ogos lalu, Nora menegaskan bahawa perceraian tersebut sebenarnya berlaku lebih awal dan menolak sebarang dakwaan bahawa bekas suaminya diugut menggunakan pistol untuk menceraikannya. Mr



Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker