Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar

Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar

KANGAR – Bekas pelumba negara maut selepas ditetak sehingga 12 kali dengan pedang samurai apabila terbabit dalam satu pergaduhan di simpang masuk Taman Behor Goncar Jaya di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 11.13 malam.



Menurutnya, mangsa, Elly Idzlinizar Ilias, 40, yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.01 tengah malam semalam.

“Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pihaknya telah menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 51 tahun di sekitar Kangar bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas telefon bimbit, perakam video digital, pakaian suspek dan satu bilah pedang sepanjang 112 sentimeter sebagai baramg kes.

“Kami juga merampas sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru milik mangsa yang mempunyai kesan kerosakan termasuk cermin retak dan terdapat tompokan berwarna merah dipercayai darah akibat pergelutan itu,” katanya.



Tambah beliau, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai antara empat hingga 11 rekod lampau termasuk kes cubaan bunuh, ugutan jenayah, khianat dengan api, merusuh menggunakan senjata, curi kenderaan, judi dan dadah.

Katanya lagi, suspek utama merupakan seorang kontraktor berusia 51 tahun beralamat di Kuala Perlis, suspek kedua seorang buruh berusia 28 tahun beralamat di Arau dan suspek ketiga ialah anak lelaki kepada suspek utama berusia 22 tahun bekerja sebagai tukang kebun beralamat di Kangar.

Suspek utama positif dadah jenis Benzo manakala dua lagi suspek lain negatif ujian air kencing. Polis masih menunggu laporan kimia untuk melihat adakah mangsa juga di bawah pengaruh dadah.

Menurut Yusharifuddin, polis masih menyiasat motif kejadian dari segenap aspek kerana mamgsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain dan telah lama berkawan.



“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham yamg membawa pergaduhan dan kematian.

“Difahamkan mangsa terlebih dahulu pergi ke rumah suspek dalam keadaan marah namun suspek tidak berada di rumah dan yang ada hanya anak dan isteri suspek utama.

“Apabila ingin pulang, mangsa bertembung dengan suspek di persimpangan jalan utama iaitu jalan masuk ke taman perumahan tersebut dan berlaku kejadian tersebut,” ujarnya.

Difahamkan suspek ketiga tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian namun tidak dapat dipastikan untuk meleraikan pergaduhan atau sebaliknya. Kesemua suspek dan mangsa mengalami kecederaan akibat pergelutan dan maklumat mengatakan kesemua mereka memiliki sedikit ilmu mempertahankan diri.



Menurut Yusharifuddin, kecederaan yang dialami mangsa adalah satu kesan kelar pada tangan kanan, tiga pada tangan kiri dan lebih kurang lapan kesan kelar lain di bahagian hadapan serta belakang badan mangsa.

“Pendarahan yang kritikal adalah kecederaan pada bahagian kedua-dua belah tangan mangsa.

“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah petang semalam mendapati punca kematian mangsa adalah “‘exsanguination due to multiple slash wound’ (pendarahan yang teruk akibat luka kelar berganda),” ujarnya.

Menurut Yusharifuddin, kesemua suspek direman satu minggu bermula 11 September hingga 17 September ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.



“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi IPD Kangar di talian 04-9082222. K Online

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker