Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah

Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah

ARAU: Mayat pemotong rumput yang ditemui rentung bersama mesin pemotong rumput di laman kediamannya di Jejawi di sini semalam dikenali sebagai Tunku Mahadzir Tunku Ahmad.

Pesara Telekom Malaysia (TM) berusia 75 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia selama dua hari sebelum ditemui orang awam yang melalui kawasan bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) yang terletak berhampiran kediaman mangsa.



Balu mangsa, Sharifah Puziah Syed Ali, 77, berkata ketika kejadian suaminya membersihkan semak samun di halaman rumah menggunakan mesin pemotong rumput.

“Arwah suami makcik seorang yang rajin membersihkan laman rumah dengan memotong rumput yang tumbuh meliar sekeliling rumah.

“Namun masa kejadian, saya sedang berehat dalam rumah dan langsung tidak mendengar pekikan atau jeritan meminta tolong daripada suami.

“Malah, makcik juga tidak mengesyaki ketiadaan suami di rumah kerana makcik menyangka dia sudah pun berada dalam rumah ketika ini,” katanya ditemui di rumahnya di KM4, Jalan Jejawi. Mereka sudah tinggal di rumah itu lebih 30 tahun.



“Makcik terkejut diberitahu suami sudah meninggal dunia oleh polis yang tiba di rumah. Memang sedih tetapi makcik reda dengan pemergian suami,” katanya.

Balu arwah ada dementia, ingatan terhad

Adik ipar Sharifah Puziah, Rosida Aziz, 60, pula berkata kakak iparnya mempunyai ingatan yang agak terhad berikutan mengalami dementia.

“Namun, kak Sharifah ada beritahu saya bahawa semasa kejadian, dia ada membuka pintu dan melihat kepulan asap di luar rumahnya namun dia menyangka asap itu adalah dari pembakaran sampah, rumput dan daun kering dikumpulkan suaminya.



“Namun, dia tidak menyangka yang terbakar itu adalah suaminya dan kami hanya mengetahui perkara ini melalui hantaran di Facebook (FB),” katanya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian masih terdapat kesan kebakaran dan cebisan kulit mangsa di tempat berlakunya kebakaran.

Selain itu juga pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga dilihat berada di tempat kejadian untuk bertemu balu mangsa.

Semalam, akhbar melaporkan penemuan satu mayat lelaki pemotong rumput dipercayai terbakar ditemui di halaman sebuah rumah di Jalan Besar KM4 Jejawi, Arau.



Mayat ditemui orang ramai yang melalui di kawasan berhampiran rumah berkenaan jam 6.33 petang bersama dengan mesin pemotong rumput yang turut terbakar bersama sekitar dua meter dari tempat mayat ditemui. BH

Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker