Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah

Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah

Seorang pemandu ambulans dan jururawat dilaporkan parah selepas ambulans dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan dalam kejadian di Skrang, Betong, kira-kira 4.20 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.24 pagi sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.



“Setibanya di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan sebuah van ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.

Terdapat dua orang mangsa cedera parah iaitu kakitangan KKM, seorang lelaki dewasa yang juga pemandu dan seorang perempuan dewasa, katanya menerusi satu kenyataan, menurut Buletin TV3.

Katanya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.

“Mangsa pertama iaitu pemandu ambulans dikejarkan ke Hospital Sri Aman manakala mangsa kedua seorang jururawat dihantar ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Anggota membuat pembersihan di lokasi kejadian bagi memastikan selamat sebelum bertolak balik ke balai, katanya. FMT

Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker