Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
SEREMBAN: Anggota polis trafik yang parah dirempuh ‘mat rempit’ dekat Lebuhraya Kajang- Seremban (LEKAS) arah selatan, di sini pada 28 Julai lalu, kini bergelut dengan simptom kehilangan memori akibat nahas itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Muhammad Zaki Ramat, berkata anggota berkenaan belum dapat memulakan tugas selepas parah pada bahagian kepala dalam kemalangan berkenaan.
Mangsa berusia 36 tahun bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban menyertai Ops Samseng Jalanan apabila dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang dikatakan menunggang melawan arus.
“Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa. Anggota ini kemudiannya dibenarkan keluar wad pada 16 Ogos lalu, namun sehingga kini belum sembuh sepenuhnya dan belum dapat memulakan tugas,” kata Muhammad Zaki ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, keadaan anggota yang mempunyai empat anak berusia empat hingga 11 tahun itu semakin baik, namun lebih banyak berdiam diri kerana sukar untuk mengingat sesuatu perkara.
“Alhamdulillah, keadaannya semakin pulih, namun kami khuatir kerana dia tidak banyak bercakap sebab tidak dapat ingat.
“Bagaimanapun, kami di JSPT Negeri Sembilan dan di peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta rakan-rakan sering melawatnya untuk memberikan sokongan dan sebarang bantuan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya,” katanya.
Mengenai tindakan terhadap suspek yang melanggar, Muhammad Zaki berkata, remaja itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dituduh di mahkamah selepas siasatan selesai.
“Difahamkan, ibu bapa remaja juga bakal dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi di Kilometer 36 LEKAS arah selatan itu turut menyebabkan remaja berusia 17 tahun berkenaan parah selepas motosikalnya dipercayai merempuh motosikal ditunggang anggota polis terbabit. BH
Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
Polis UK pakai Proton Waja (Video)