‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
‘Siapa legenda JDT itu? Apa kaitan dengan anak aku jaga’
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
Pelakon Rita Rudaini berang apabila kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 15, memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini dikaitkan dengan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Lebih membuatkan rasa amarahnya kian meledak apabila sebuah portal melabel pemain bola sepak itu sebagai ‘legenda’ kelab bola sepak ternama tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Siapa legenda JDT itu? Celah mana? Apa kaitan degan anak yang aku jaga.
“Saja nak viral cara jahat. Aku penat bela sejak kecil, tiba tajuk (berita): ‘anak legenda JDT’. Kepala hatok hang,” luahnya menerusi Instagram Story.
Terdahulu, anak sulung Rita, Airit Rayyan meraih pujian ramai apabila bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, dia juga hebat dalam bidang sukan apabila memecahkan rekod acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024.
Airit berjaya memecahkan rekod acara 100 meter (m) kejohanan tersebut yang berusia 20 tahun.
Kongsi Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, Airit yang merupakan pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar mencatatkan rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 11.44 saat (s).
Selain itu, Airit juga berjaya memecahkan rekod kejohanan sama menerusi acara 200m dengan catatan 23.81s.
Terdahulu, anak kesayangan pelakon filem Mami Jarum itu juga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di MRSM Sungai Besar.
Dia juga pernah menerima Anugerah Pengetua yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.
Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun berpisah pada September 2013. K Online
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’
Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok