‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
Seorang wanita yang mengakui dirinya adalah kakak kandung kepada pemandu bas yang tular kerana konten melibatkan murid sekolah, meluahkan rasa gusar di media sosial.
Melalui satu komen di Facebook, wanita itu berkata pemandu bas tersebut adalah adiknya, manakala murid sekolah yang dipaparkan dalam video merupakan anaknya sendiri.
Wanita tersebut turut memuat naik hantaran lain, bertanya bagaimana dia akan menghantar anaknya ke sekolah setelah adiknya ditahan reman.
Nak kena berhenti kerja hantar anak sendiri ke? Ke merempit?” tulisnya sambil menyertakan foto anak perempuannya itu.
Bagaimanapun, semakan semula ke akaun wanita terbabit mendapati hantaran tersebut telah dipadam namun netizen di platform X sempat mengambil tangkap layar dan hal tersebut menjadi bualan di laman sosial itu.
Ada yang berpendapat ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu ditahan kerana membenarkan dan normalisasikan ‘aksi penyayang’ begitu sebagai konten TikTok.
Malah apabila ditegur dengan baik oleh warganet, ibu kanak-kanak tersebut hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik untuk adiknya yang telah ditahan reman dan anaknya.
Tolong cakap dengan adik, walau anak sedara jangan nak sentuh sentuh bibir anak Puan macam tu. Ajar anak sentuhan selamat Puan. Status bapa saudara bukanlah lesen besar untuk sentuh sentuh macam itu. Bn
‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati
Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah