Konon sakit haid, rupanya buang bayi di belakang rumah selepas bersalin

Konon sakit haid, rupanya buang bayi di belakang rumah selepas bersalin

Machang: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang pengadu berusia 68 tahun berkaitan penemuan bayi itu jam 10.45 pagi.



Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 20-an iaitu ibu kepada bayi berkenaan adalah anak angkat kepada pengadu.

“Pengadu memaklumkan, semalam suspek hanya berbaring seharian di atas katil dengan alasan darah haidnya keluar banyak dan dalam kesakitan.

“Bagaimanapun, suspek mengaku bayi yang ditemui adalah anak yang baharu dilahirkannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan terhadap kes ini selesai dijalankan. HM

Konon sakit haid, rupanya buang bayi di belakang rumah selepas bersalin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker