Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week
Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week
MELANGKAH penuh anggun dalam persalinan indah rekaan Alia Bastamam, pelakon dan ikon fesyen negara, Scha Al Yahya membuat kemunculan istimewa di Minggu Fesyen Dubai yang berlangsung baru-baru ini.
Sebagai ‘muse’ kepada pereka fesyen, Alia Bastamam, Scha diberi penghormatan untuk menjadi model penutup bagi pertunjukan fesyen yang bertempat di Dubai Design District.
Dengan raut wajah jelita serta tubuh tinggi lampai, lagak Scha tatkala berjalan saling tidak tumpah seperti supermodel.
Scha menggayakan gaun berwarna ‘nude’ dengan perincian ala korset berserta kain layah di bahagian belakang. Penampilannya telah memukau seluruh penonton yang hadir pada acara itu.
Menambah satu lagi skill dalam resume saya. Terima kasih Alia Bastamam kerana mempercayai saya.
“Bangga dengan kamu dan seluruh pasukan. Terima kasih di atas peluang ini. Saya sangat berbesar hati,” kongsi Scha dalam akaun Instagram.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, kelihatan ramai rakan selebriti dan netizen yang memuji penampilan bekas Dewi Remaja 2006 itu.
“Tahniah Scha. Kamu sangat natural,” komen Tiara Jacquelina.
Menangis Kendal Jenner tengok,” komen aktres popular, Janna Nick
“Awan Dania yang dulu bukanlah yang sekarang”, komen salah seorang pengikut Instagram Scha.
Selain Alia Bastamam, pereka fesyen duo negara, Rizman Ruzaini turut mempersembahkan koleksi terbaharu mereka pada hari pertama Minggu Fesyen Dubai.
Tahun lalu Rizman Ruzaini menjadi sorotan ramai selepas menampilkan supermodel antarabangsa, Naomi Campbell sebagai ‘muse’.
Antara selebriti tempatan yang dilihat berada di Minggu Fesyen Dubai tahun ini ialah Daiyan Trisha, Mira Filzah, Awal Ashaari dan Nazreem Musa. HG
Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET