Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi

Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menamatkan kontrak kontraktor dewan selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping berikutan tindakan sambil lewa pihak itu dalam penyediaan makanan kepada pelajar.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor terbabit.



Mengulas lanjut, katanya pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kontraktor berkenaan yang didapati mengambil ringan soal kebersihan dan melanggar terma kontrak.

“Saya sebagai pengerusi amat tegas bahawa kita tidak ada kompromi.

“(Tindakan ini diambil) kerana kita nak beri isyarat juga kepada mana-mana kontraktor lain yang mengambil pendekatan sambil lewa sehingga boleh memberikan kesan dan mengancam soalan nyawa, kesihatan dan juga kepada kesejahteraan anak-anak kita yang sedang belajar,” katanya ketika sidang media di Hotel Casuarina di sini malam ini.

Sidang media itu susulan pemeriksaan mengejut yang dilakukan beliau ke dewan selera MRSM Taiping itu, semalam.



Beliau berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan susulan laporan ibu bapa mengenai anak-anak mereka yang keracunan akibat makanan disediakan di dewan selera itu, dengan perkara itu berulang biarpun telah disita Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama.

Dalam pada itu, Asyraf Wajid berkata dia tidak gentar mengambil tidakan kepada pengusaha dewan selera sebegitu.

“Saya tahu dia mungkin rasa dia ada kabel besar, tetapi saya tak kira kabel sebesar mana sekalipun kalau membabitkan soal nyawa dan kesihatan anak-anak pelajar, saya tidak akan berkompromi, saya akan ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui wujud ‘trend’ dalam kalangan kontraktor dilantik di semua 57 MRSM yang tidak menyediakan makanan seperti sepatutnya mengikut kontrak, khususnya apabila mendekati tempoh kontrak mereka tamat.



Susulan kes keracunan makanan di MRSM Taiping, katanya pengusaha dewan selera berkenaan diarahkan tutup dua minggu sehingga 20 September depan.

“Dewan selera juga disita tiga hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sejak kes keracunan makanan terjadi pada 30 dan 31 Ogos lalu membabitkan 50 pelajar keracunan makanan. Ia baharu kembali dibuka semula,” katanya. BH

Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker