‘Tak boleh buat pondok polis, kemudian minta polis duduk di situ…’
‘Tak boleh buat pondok polis, kemudian minta polis duduk di situ…’
IPOH: Semua pihak yang berhasrat mewujudkan pondok polis di sesebuah penempatan perlu merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata pertimbangan perlu dibuat PDRM, khususnya dari sudut perjawatan untuk ditempatkan di pondok polis terbabit, bukan semata-mata bergantung kepada fasiliti yang dibangunkan.
“Kita kena tengok juga apabila diwujudkan pondok polis oleh mana-mana pihak, harus rujuk PDRM untuk memohon perjawatan. Tak boleh dengan fizikal bangunan pondok polis itu sahaja dan kemudian minta polis datang ke situ.
“Ada prosedur tertentu membabitkan perjawatan dan perlu diangkat untuk diwartakan, perlu juga lihat dari segi bebanan tugas dan tanggungjawab membanteras jenayah yang ada di situ,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Azizi mengulas status pondok polis di Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong di Kampung Bawong, Sungai Siput yang sehingga kini belum beroperasi biarpun pembinaannya difahamkan siap sejak lebih setahun lalu.
Katanya, pembinaan pondok polis di OAOSC Bawong itu dikendalikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), namun setakat ini pihaknya melihat belum ada keperluan untuk populasi di situ.
“Populasi setempat masih boleh berurusan dengan PDRM di balai polis terhampir. Apa pun saya akan melihat perkara ini lebih terperinci dengan JAKOA dan masyarakat setempat, akan berbincang mengenai status dan keperluan pondok berkenaan.
“Ia sudah siap dibina setahun barangkali, tetapi kita belum terima ia sebagai aset. Apabila sudah jadi aset kita nanti, kena lihat balik.
“Nanti kalau semua taman (perumahan) wujudkan pondok polis, kemudian suruh polis duduk di situ, barangkali polis pun tak sempat nak buat. Jadi kita kena lihat semua sudut perkara ini,” katanya.
Balai polis terhampir dari Kampung Bawong berjarak kira-kira 60 kilometer (km) sehala atau 120km ulang-alik, iaitu Balai Polis Simpang Jalong .
Pembinaan pondok polis di OAOSC Bawong dapat memendekkan jarak dan masa perjalanan kerana berjarak kira-kira 38km sehala dari Kampung Bersah, Pos Kuala Mu untuk penduduk setempat atau pelancong berurusan dengan polis. BH
‘Tak boleh buat pondok polis, kemudian minta polis duduk di situ…’
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)