Polis siasat upacara keagamaan di sebuah tokong berlatarbelakangkan runut bunyi selawat.

Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatarbelakangkan runut bunyi selawat.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis telah mengesan video tular itu di aplikasi TikTok pada 11.30 pagi ini dan kami membuka kertas siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut,

 katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.



Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video itu dan beri ruang pihak polis menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 20 saat memaparkan upacara keagamaan di sebuah tokong dengan berlatarbelakangkan selawat namun video tersebut telah diturunkan daripada aplikasi TikTok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’



Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker