BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko

BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL dikatakan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada keluarga mentuanya selepas dikatakan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia pada 2 Disember ini.

Menurut portal berita Indonesia, keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair terutama ibunya, Dida Sinclair dikatakan sudah memberi restu jika Bunga ingin berumah tangga semula.



Dida dan keluarga dilaporkan berkenalan dengan Tiko ketika menyambut Aidilfitri bersama tahun lalu.

Malah, adik Ashraf yang juga penyampai radio, Aishah Sinclair juga sudah lama mengetahui hubungan pasangan itu, malah pernah dilihat bergambar dengan kakak iparnya disertai Tiko.

Terdahulu, ada yang mempertikaikan hubungan Bunga dengan bakal suami yang juga kakitangan sebuah syarikat kewangan terkemuka dan menyifatkan pernikahan mereka sebagai tergesa-gesa.



Tidak kurang juga meluahkan perasaan kecewa kerana beranggapan BCL sudah melupakan arwah suaminya.

Terdahulu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Allahyarham Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. BH

BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker