Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Penyanyi, Datin Alyah menerima kiriman mesej langsung (DM) daripada individu yang taksub sehingga mempersoalkan komen yang diberikan suaminya, Datuk Ramli MS yang juga juri All Star Gegar Vaganza (ASGV) terhadap peserta program berkenaan terutama Aliff Aziz.

Alyah berkata, segelintir peminat yang taksub harus faham bahawa urusan tugasan Ramli atau Tok Ram sebagai juri langsung tiada kaitan dengan dirinya.



“Tolong jangan babitkan saya. Awak tahukan Instagram Tok Ram, DM saja terus (sebab) saya kat rumah tak kacau orang pun. Aduh penat macam ni,” katanya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu turut memuat naik tangkap layar individu yang meluahkan perasaan itu kepadanya.

Dalam pada itu, Alyah turut memberi amaran tidak akan teragak-agak mendedahkan setiap mesej membabitkan isu sama andai ada yang masih berdegil.

Alyah berharap individu yang menghamburkan kemarahan terhadap dirinya agar bersikap matang dan berfikir panjang sebelum mengambil sebarang tindakan.



“Siapa-siapa DM saya hal ASGV yang tak puas hati ke apa ke, saya memang akan paparkan di Instagram Story saya sebab saya tak campur pasal ASGV. Memang Tok Ram suami saya tapi kami bukan kembar siam ya.

“Tak adalah semua benda saya nak kena ambil tahu. ASGV pun saya jarang pergi. Tolonglah matang sikit. Ada yang lebih penting lagi daripada hal begini. Palestin perlu doa dan sumbangan kita, bukan kerja nak bertelagah saha. Sudah-sudahlah ya,” tulisnya.

Pada minggu suku akhir ASGV Ahad lalu menyaksikan Aliff tersingkir. Ramli menegur persembahan Alif seperti hilang fokus, selain kualiti nyanyiannya juga kurang memuaskan. HM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker