Anak Hamzah didakwa berhubung invois subsidi minyak masak

Anak Hamzah didakwa berhubung invois subsidi minyak masak

Anak kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan memberikan maklumat palsu berhubung subsidi minyak masak.

The Edge melaporkan Faisal Hamzah, 39, didakwa bersama Azizul Abdul Halim, 55, selaku pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd kerana memberikan maklumat palsu menerusi invois palsu berhubung penjualan minyak masak kepada peruncit tempatan.



Rimba Merpati memegang lesen pemborong minyak masak.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(4) Akta Kawalan Bekalan 1961. Harga minyak masak kini dikawal oleh kerajaan bawah akta tersebut.

Difahamkan bahawa invois-invois terbabit didapati palsu selepas serbuan dijalankan di premis syarikat itu pada 12 Ogos tahun lepas.

Faisal dan Azizul turut didakwa oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kerana memiliki minyak masak melebihi had 50 tan di premis syarikat itu di Sinar Andalas, Senawang.



Kesalahan didakwa melanggar Peraturan 9(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan.

Jika didapati bersalah, kedua-dua tertuduh berdepan denda sehingga RM2 juta kerana memberikan invois palsu dan memiliki minyak masak melebihi jumlah terhad. Sebarang kesalahan seterusnya akan membawa kepada denda lanjutan sebanyak RM5 juta.

Faisal dan Azizul meminta dibicarakan atas tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi. FMT

Anak Hamzah didakwa berhubung invois subsidi minyak masak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker