Bekas ‘Penglima ATM’ sah tumbang di Kemaman, PAS menang dengan majoriti lebih besar

Pengundi Kemaman keluar mengundi hari ini untuk memilih ahli parlimen baru.

Ini merupakan kali ketiga pengundi Kemaman keluar mengundi sejak November tahun lalu. Pilihan raya kecil (PRK) kali ini diadakan selepas Che Alias Hamid dari Perikatan Nasional (PN) kehilangan kerusinya susulan petisyen pilihan raya.

Saingan kali ini akan menyaksikan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS mempertahankan kerusi PN menentang Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN, yang merupakan bekas panglima angkatan tentera Malaysia.



Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasmi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman, malam ini.

Ahmad Samsuri berjaya meraih 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi sekali gus merekodkan majoriti 37, 220.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker