Pembangkang ‘melompat’ tak puas hati Rafizi kata negeri PN ‘corot’

Pembangkang ‘melompat’ tak puas hati Rafizi kata negeri PN ‘corot’

Persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati jawapan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang mendakwa perbadanan kemajuan empat negeri pembangkang “tercorot” dan masih bergantung pelaksanaan projek kerajaan persekutuan.

Beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkata, jawapan diberikan Rafizi “tidak waras” dan mengelirukan Dewan Rakyat.



“Jawapan tidak waras. Hak bersama sepatutnya,” kata Shahidan Kassim (PN-Arau) yang disokong Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh).

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian mencelah untuk mempertahankan Rafizi dengan berkata jawapan diberikan adalah fakta.

“Itu fakta kena diterima Arau. Terimalah dengan hati terbuka. Fakta pun nak marah. Saya bantu menteri,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, berkata jika Ahli Parlimen tidak berpuas hati dengan jawapan menteri, mereka boleh membuat usul.



“Mungkin anda tak setuju tetapi itu fakta sedang menteri berikan. Sekiranya menteri kelirukan Dewan, masukkan usul,” katanya.

Rafizi menjelaskan beliau memberikan jawapan itu kerana mendapat soalan “bola tanggung” daripada Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok).

Terdahulu, Syahir bertanya adakah kerajaan bersetuju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama di negeri-negeri diberi mandat untuk meningkatkan pelaburan secara langsung rentas negeri.

“Saya tahu Arau (Shahidan) marah sebab (beri) soalan bola tanggung pada saya. Arau kena latih tak bagi soalan tanggung,” kata Rafizi.



Rafizi juga menambah ada negeri pembangkang masih memerlukan puluhan juta (bantuan) setiap tahun daripada kerajaan persekutuan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Awang Hashim (PN-Pendang) memberitahu beliau mendapat ugutan daripada Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang).

Selasa lalu, Awang mengutuk tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang mengumumkan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Dua malam lepas saya diugut, saya ditelefon. Bukit Gantang telefon saya malam itu,” katanya.



Bagaimanapun, Johari menggesa Awang mengemukakan usul mengenai ugutan itu. FMT

Pembangkang ‘melompat’ tak puas hati Rafizi kata negeri PN ‘corot’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker