Israel isytihar teruskan perang di Gaza

Israel isytihar teruskan perang di Gaza

Tentera Israel berkata ia akan meneruskan pertempuran menentang Hamas di Gaza selepas kumpulan pejuang itu melanggar perjanjian pemberhentian sementara perang dengan melancarkan dua roket.

“Hamas melanggar syarat pemberhentian sementara perang yang ditetapkan. Justeru, pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyambung kembali perang menentang Hamas di Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.



Malah, Israel sudah memulakan operasi serangan udara dan artileri terhadap Bandar Gaza, dengan saksi melaporkan mendengar letupan bedilan, selepas perjanjian pemberhentian sementara perang tamat jam 1 tengah hari tadi waktu Malaysia.

Tentera Israel mendakwa berjaya memintas roket yang dilancarkan dari Gaza awal pagi tadi, beberapa jam sebelum tempoh pemberhentian sementara perang dijadualkan tamat.

Susulan serangan itu, siren amaran dibunyikan bagi memastikan penduduk setempat bersiap siaga, selepas suasana tenang selama tujuh hari perang dihentikan.

Sepanjang tempoh itu, setakat semalam, sejumlah 105 tebusan warga Israel dan 240 tahanan warga Palestin dibebaskan.



Penyiar awam Israel, Kan, melaporkan setakat ini tiada komen dibuat oleh Hamas atau mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Israel berkata sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome miliknya berjaya memintas tembakan berkenan.

Lewat semalam, media berkaitan Hamas melaporkan dua letupan dan tembakan kedengaran di utara Semenanjung Gaza tetapi tiada butiran lanjut diberi. BH

Israel isytihar teruskan perang di Gaza



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker