Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK itu termasuk kepada ahli majlis mesyuarat kerajaan, ex-officio, semua guru lantikan negeri, orang besar jajahan serta pekerja sambilan harian.

Katanya, bayaran penuh BKK itu akan dibuat pada 20 Disember depan.

“Kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi jasa dan komitmen penjawat awam sebagai tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan.

“Sebagai menghargai dedikasi tidak berbelah bahagi dalam memikul tugas yang diamanahkan, saya dengan ini mengumumkan pemberian BKK pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurut Saarani, bayaran BKK turut dipanjangkan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember 2023 pada kadar RM400 seorang. Utusan

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker