Rombakan Kabinet sebelum akhir tahun ini – Anwar

Rombakan Kabinet sebelum akhir tahun ini – Anwar

“Saya setuju (rombakan Kabinet), sebelum tahun depan (bulan ini),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini, hari ini.



Reaksi itu diberikan Anwar ketika disoal seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Akmal Afif Yaseer Arafat di luar perkarangan surau berkenaan.

Sebelum itu, Anwar sempat menyantuni sekumpulan sembilan kanak-kanak di luar surau berkenaan yang menunggu selama 20 minit bagi mendapatkan tandangan pemimpin utama negara itu.

Sebaik mendekati kanak-kanak itu, Anwar kemudian meminta Akmal Afif untuk bertanya soalan kepadanya bagi mewakili wartawan yang turut berada di sana.

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?” kata Akmal Afif yang juga murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2).



Anwar kemudian menjawab; “Nama siapa? Akmal nak (rombakan) bila, sebelum atau selepas?

Kanak-kanak itu kemudian menjawab; “Sebelum 2024,” katanya.

Anwar selepas itu berkata: “Dia (Akmal) jawab sebelum 2024, saya setuju (rombakan Kabinet sebelum 2024). Okey, terima kasih.”


AKMAL Afif menunjukkan duit yang ditandatangani Perdana Menteri.



Sebaik Akmal Aqif selesai bertanyakan soalan itu, Anwar kemudian meninggalkan perkarangan surau tanpa menjawab soalan daripada mana-mana wartawan yang berada di situ.

Sementara itu, Akmal ketika ditemui berkata, dia sangat seronok kerana dapat bertemu Perdana Menteri, malah, sangat teruja apabila turut serta pada sesi ‘sidang media’ bersama wartawan di luar surau berkenaan, hari ini.

“Saya sangat seronok dan gembira. Ini kali pertama saya jumpa Perdana Menteri secara depan-depan. Sebelum ini saya hanya tengok dalam televisyen sahaja.

“Saya tak sabar nak cerita pada ibu dan ayah dan kawan-kawan saya mengenai pengalaman manis ini,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang peguam.



Katanya, dia juga akan menyimpan elok-elok not wang kertas RM5 dan RM1 yang ditandatangani Perdana Menteri itu.

Jelasnya lagi, dia juga akan membingkaikan not kertas berkenaan untuk disimpan sebagai kenangan. Utusan

Rombakan Kabinet sebelum akhir tahun ini – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker