Otak sanusi masuk air – Tiong

Sanusi gelar Tiong tokong perut buncit

Otak sanusi masuk air – Tiong

Pertikaman lidah antara menteri pelancongan Tiong King Sing dan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor menjadi semakin hodoh apabila masing-masing mengeluarkan kata-kata lebih ekstrem.

Tiong hari ini berkata otak Sanusi “masuk air”, dua hari selepas Sanusi mengejek penampilannya seperti “tokong berkepala botak dan berperut buncit”.



“Dia punya otak masuk air ke apa? Tuhan pun kasi sama tuduh.

“Dia kata saya duduk di bawah pokok pisang, macam itu tokong Buddha yang berperut besar.

“Kalau you (kamu) cerita sebegitu, you sudah menghina satu tokong lagi,” katanya.

Sanusi dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Rabu lalu menyelar Tiong dengan berkata dalam loghat Kedah:



“Eh, muka dia kalau saya ajuk, jadi macam tokong hat kepala botak tu. Hat perut buncit tu.”

Dia berkata demikian ketika mengkritik Tiong yang menurutnya tidak memberikan sebarang pandangan ketika mesyuarat mereka dengan wakil kerajaan Thailand di Sadao, Selatan Thailand, pada 27 November.

Malah, Sanusi juga yang terkenal dengan cakap lepasnya itu turut mengejek Tiong dengan berkata “muka tak ada tarikan pelancongan langsung”.

Bagaimanapun, Sanusi juga membangkitkan jumlah kemasukan empat juta rakyat Malaysia ke Thailand setahun, berbanding hanya 1.3 juta dari negara Gajah Putih itu dalam DUN Kedah.



Berkaitan Langkawi, pusat pelancongan utama Kedah yang menjadi punca pertelingkahan kedua-dua mereka sebelum ini, Sanusi menuduh Tiong seperti hendak “mensabotaj”.

“Tapi menteri pelancongan kita kempen macam sabotaj Langkawi.

“(Kata di) Langkawi tak boleh pakai seluar pendeklah, pelancong diganggu, bla, bla, bla,” katanya.

Sementara itu, Tiong dalam kenyataan bertulis dan videonya hari ini berkata dia tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis mendengar hujah Sanusi.



“Sanusi kena rasuk ke sampai tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian?

“Inikah mentaliti dan sikap seorang MB?” soalnya.

Tiong juga memulangkan paku buah keras dengan berkata Sanusi tidak tahu protokol dalam mesyuarat bilateral apabila meminta nasi tambah ketika jamuan untuk pemimpin kedua-dua negara.

“Bila acara makan tengah hari rasmi, you makan satu piring tak cukup, minta piring kedua.



“Saya sebagai menteri, saya pun pelik nampak menteri besar tidak tahu protokol, tidak tahu menghormati,” katanya.

Berkaitan jumlah kemasukan pelancong antara Malaysia dan Thailand yang tidak setara, Tiong berkata Sanusi sebagai menteri besar Kedah turut mempunyai tanggungjawab.

“Kamu sendiri tidak boleh buat promosi juga? Kenapa kamu punya kesilapan semua tuduh lain orang punya silap,” katanya. Mk

Otak sanusi masuk air – Tiong



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker