Tiba-tiba akaun ada RM400 juta

Tiba-tiba akaun ada RM400 juta

Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati akaun banknya mempunyai baki lebih RM400 juta.

Bagaimanapun, kesilapan teknikal itu bukan membuatkan hidupnya bertambah senang, tetapi sebaliknya.



Pengguna Maybank Hafidzah Abdullah berkata kesilapan itu menyebabkan akaunnya disekat dan usaha mendapatkan kembali akaunnya begitu sukar.

“Tiga hari semasa kesilapan teknikal itu, yang berlaku ketika tempoh pembayaran gaji, seperti comedy of errors (komedi kelam kabut) yang tidak ada orang rasa kelakar,” kata pengarah Malaysia HR Forum.

Menulis pengalaman itu di Linkedin, dia yang juga berkata susulan sekatan itu akaun syarikat juga tidak berfungsi.

Dia juga, kata Hafidzah, terpaksa menghubungi Maybank dan berkunjung ke cawangan terdekat setiap hari.



Bagaimanapun, tulisannya itu mendapat perhatian Naib Presiden Eksekutif Maybank Shaikh Munir Ahmad, yang juga ketua pengurusan pengalaman pelanggan.

Shaikh Munir menulis komen yang memintanya memintanya nombor telefon untuk dihubungi pasukan mereka.

Akhbar Singapura The Straits Times hari ini melaporkan bahawa Maybank memberitahu mereka bahawa isu itu telah selesai dan tiada sebarang data pelanggan dikompromi. Mk

Tiba-tiba akaun ada RM400 juta



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker