Saya diugut MP Bukit Gantang – Awang

Saya diugut MP Bukit Gantang – Awang

Seorang ahli parlimen PAS hari ini mendakwa menerima ugutan daripada rakan sejawatannya yang baru saja mengumumkan sokongan kepada kerajaan.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Awang Hashim (PN-Pendang) mendakwa ugutan tersebut dilakukan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) dan keluarganya.



Kata Awang, dia menerima panggilan telefon daripada Syed Abu Hussin dua malam lalu dan berpendapat seseorang ahli parlimen wajar diberikan perlindungan.

Bagaimanapun, Awang gagal untuk mendedahkan butiran lanjut dakwaan tersebut apabila Speaker, Johari Abdul, meminta dia memfailkan usul berkenaan.

Hal itu kerana, kata Johari, insiden yang didakwa Awang itu tidak berlaku hari ini.

“Saya akan memfailkan usul bahawa saya diugut oleh Bukit Gantang (Syed Abu Hussin) dan keluarganya ketika itu.



“Saya tidak kisah, saya perlu menghadapinya,” kata Awang.

Pada masa sama Awang menyatakan kebimbangannya terhadap isu keselamatan kerana ia “tidak diselesaikan” oleh parlimen.

“Ahli parlimen kita perlu diberi perlindungan,” katanya.

Terdahulu, Awang membangkitkan perintah tetap 95 dan membacakan Seksyen 9 Akta Dewan Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).



Menurut Johari pula, Awang tidak boleh memberikan butiran lanjut dakwaan tersebut sebaliknya perlu mengemukakan usul untuk diteliti terlebih dulu.

Usah wujudkan persepsi salah

Untuk rekod, Syed Abu Hussin merupakan ahli parlimen PN yang kelima menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Dia mengumumkan pendirian tersebut di parlimen kelmarin.



Menurut Johari, dia memutuskan agar Awang mengemukakan usul kerana tidak adil untuk speaker itu membuat keputusan serta-merta tanpa mengetahui lebih lanjut butiran kejadian.

Didesak Awang untuk keputusan dibuat segera, Johari berkata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mesti mengemukakan usul secara bertulis untuk diteliti dan bukannya membuat tuduhan begitu saja.

“Tak boleh, keputusan saya, buat usul,” katanya.

Pertikaian itu endorong Chong Zhemin (PH-Kampar) mencadangkan agar Awang mengambil tindakan susulan kerana ia melibatkan aspek keselamatan.



Apa yang dilakukan Awang itu, kata Chong, boleh mewujudkan salah faham.

“Kalau benar kena ugut, sila buat laporan polis… jangan buat persepsi dalam dewan.

“Keluar dan buat laporan polis, biar polis jalankan siasatan,” kata Chong.

Dalam usahanya untuk menjelaskan apa yang didakwanya berlaku, Awang berdiri semula dan menuduh Syed Abu Hussin tidak berpuas hati kepadanya kerana mengecam langkah menyokong Anwar.



Kata Awang, dia menentang langkah ahli Bersatu itu memberikan sokongan kepada kerajaan kerana ia memalukan PN.

Awang juga memberitahu, mengikut perlembagaan parlimen perlu memberikan perlindungan kepada ahli.

“Ia (perlindungan itu) bukan hanya kepada saya, saya takut ia akan melibatkan dia (Syed Abu Hussin) juga. Saya mahu mempertahankan diri saya.

“Jadi speaker perlu ambil perhatian bahawa terdapat akta khusus untuk melindungi ahli parlimen,” tambahnya. Mk

Saya diugut MP Bukit Gantang – Awang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker