Walaupun PAS pertahan Kemaman tetapi ‘Kerajaan Perpaduan’ kekal bergaya dengan sokongan 152 ahli parlimen

SHAH ALAM – UMNO akan terus membina kembali kekuatan, kepercayaan dan keyakinan bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai demi Islam, bangsa serta negara tercinta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan ahlinya supaya tidak kecewa dengan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

“Kalah menang bukan alasannya. Ada kala menang dan ada kala kalah. Ketika menang jangan angkuh dan ketika kalah jangan kecewa.

“Buat semua pengundi setia Barisan Nasional (BN), terima kasih banyak kerana masih menyakini perjuangan ini.

“Buat seluruh jentera BN seluruh negara yang bertungkus lumus di Kemaman selama lebih 14 hari, sekalung penghargaan setingginya atas usaha dan ikhtiar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Setakat Jam 8.40 malam, calon Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan 62,215 undi, manakala Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor daripada BN memperoleh 26,940 undi.

Asyraf Wajdi turut mengucapkan tahniah kepada Pas atas kemenangan besar di Parlimen tersebut.

“Ini bermakna Perikatan Nasional kekal mempertahankan 69 kerusi Parlimen ketika ini. Manakala Kerajaan Perpaduan kekal didokong 152 ahli Parlimen.

“Tiada apa-apa perubahan kepada Kerajaan Perpaduan. Sekarang boleh fokus segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker