Muhyiddin malu runding isu peruntukan dengan Anwar

Muhyiddin malu runding isu peruntukan dengan Anwar

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berasa ‘malu’ untuk mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peruntukan pembangunan kepada wakil rakyat gabungan itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam satu hantaran di Facebook menyifatkan Muhyiddin lebih rela menanggung risiko ahli-ahli Parlimen Bersatu menyokong Anwar.



Pada masa sama, kata beliau, PN juga masih ‘bernafsu’ untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan melalui pintu belakang.

“Muhyiddin juga yakin dia boleh kembali jadi Perdana Menteri. Maka apa perlunya berunding?

“Tetapi paling pokok, Muhyiddin rasa amat aib dengan UMNO. Berunding dengan Anwar umpama mengemis pada UMNO kerana UMNO adalah co-pilot Kerajaan Perpaduan.

“Dia tahu UMNO bukan penumpang,” katanya dalam hantaran tersebut.



Sebelum ini, isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang menjadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat selain menjadi antara faktor utama lima ahli Parlimen daripada Parti Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Anwar sebelum ini menegaskan, beliau tidak pernah meletakkan syarat kepada mana-mana ahli Parlimen supaya mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan jika mahu mendapatkan peruntukan.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, beliau hanya meminta pihak pembangkang untuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tetapi setakat ini belum ada perundingan rasmi dilakukan. Utv

Muhyiddin malu runding isu peruntukan dengan Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker