‘Hairan bagaimana nama saya tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI’ – Datuk Abu Bakar Abdul

KUALA LUMPUR: “Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular,” kata bekas Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul.

Beliau berkata demikian ketika mengulas namanya antara tiga pemimpin daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam berasingan dari negara ini yang tersenarai dalam Terrorist Screening Centre atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, beliau tidak pasti bagaimana namanya boleh berada dalam senarai berkenaan sedangkan tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak yang dilabelkan sebagai pengganas.



“Saya amat hairan bagaimana nama saya terkait sebab setahu saya memang tidak ada terlibat dengan mana-mana pihak, individu atau kumpulan yang dianggap sebagai pengganas sama ada di dalam atau di luar negara.

“Saya juga tidak pernah menaja, atau memberi sebarang bentuk bantuan atau sokongan kepada kumpulan seperti itu. Saya sangat pelik,” katanya kepada BH, hari ini.

Sehubungan itu, katanya beliau akan meminta pihak Kementerian Luar untuk memberikan maklumat lebih lengkap bagaimana namanya boleh tersenarai dalam senarai pemerhatian FBI berkenaan.

Dalam pada itu, katanya beliau juga tidak mendapat sebarang makluman terus mengenai penyenaraian namanya itu dalam senarai TSC berkenaan, sebaliknya hanya mengetahui perkara itu daripada rakan-rakan selain ada yang menghantar salinan surat terbabit.



BH semalam melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari negara ini yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC FBI.

Menerusi surat berkenaan juga, pihak Kementerian Luar meminta pihak Sekretariat Induk Ops Ihsan untuk mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu yang disenaraikan tidak lagi terbabit dengan Ops Ihsan.

Untuk rekod, Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebagai satu usaha kerjasama antara Kementerian Luar dan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker